Sunday, October 19, 2008



Kata-kata hikmah

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi

kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…

manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

islam is the way of life



wanita..

Saturday, October 18, 2008

renungan bersama

wahai insan sekalian.............

  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

wahai perempuan,wanita, muslimah..